Pages

Thursday, 25 July 2013

Peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan


Peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan :

• Peristiwa Peperangan Badar Al-Kubra di antara tentera Islam seramai 313 orang melawan ±1000 orang tentera kafir Quraisy Mekah yang terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrahnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, (ketika umat Islam pertama kali diwajibkan melaksanakan ibadah puasa Ramadhan & serba kekurangan dari segi persiapan/pensenjataan). 

• Peristiwa turunnya 5 ayat Al-Qur'an yang pertama (Surah Al-Alaq) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.

Hayati sirah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم & para sahabat r.anhum serta sejarah ISLAM. Hargai perjuangan mereka & semaikan semangat keislaman dalam setiap nafas kita, kerdipan mata kita, diri & keluarga kita.

(Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)

No comments:

Post a Comment